Sivik
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Makanan Cina
Industri Petrokimia dan Polimer   EmptyFri Jun 25, 2010 1:14 am by Admin

» Port Dickson
Industri Petrokimia dan Polimer   EmptyFri Jun 25, 2010 1:05 am by Admin

» Makanan Melayu
Industri Petrokimia dan Polimer   EmptyFri Jun 25, 2010 1:03 am by Admin

» Pertanian gurun
Industri Petrokimia dan Polimer   EmptyFri Jun 25, 2010 12:56 am by Admin

» Pertanian Iran
Industri Petrokimia dan Polimer   EmptyFri Jun 25, 2010 12:55 am by Admin

» Pertanian dagangan
Industri Petrokimia dan Polimer   EmptyFri Jun 25, 2010 12:54 am by Admin

» Pertanian
Industri Petrokimia dan Polimer   EmptyFri Jun 25, 2010 12:53 am by Admin

» Baju MELAYU - Songkok
Industri Petrokimia dan Polimer   EmptyFri Jun 25, 2010 12:49 am by Admin

» Baju MELAYU - Sarung
Industri Petrokimia dan Polimer   EmptyFri Jun 25, 2010 12:49 am by Admin

Top posters
Admin
Industri Petrokimia dan Polimer   Vote_lcapIndustri Petrokimia dan Polimer   Voting_barIndustri Petrokimia dan Polimer   Vote_rcap 


Industri Petrokimia dan Polimer

Go down

Industri Petrokimia dan Polimer   Empty Industri Petrokimia dan Polimer

Post  Admin Wed Jun 23, 2010 11:04 pm

Industri petrokimia adalah sektor penting di Malaysia dengan pelaburan berjumlah RM32bilion setakat akhir 2006. Bermula sebagai pengimport petrokimia, Malaysia kini adalah pengeksport utama produk-produk petrokimia. Pelbagai produk petrokimia dikeluarkan di Malaysia seperti olefin, poliolefin, aromatik, aksida etilena, glikol, okso-alkohol, eksoksilat, asid akrilik, flalik anhidrida, asid asetik, monomer stirena, polistirena, etilbenzena, monomer vinil klorida dan klorida polivinil serta polibutilena tereftalat.

Industri Petrokimia dan Polimer   Io-petropoly

Pertumbuhan pesat industri itu disebabkan terutamanya oleh ketersediaan minyak dan gas sebagai bahan suapan, prasarana yang maju, pangkalan perkhidmatan sokongan yang kukuh, daya saingan kos negara, serta lokasi strategik Malaysia di ASEAN dan kedudukannya yang berdekatan pasaran-pasaran utama di Timur Jauh.

Malaysia mempunyai rezab gas asli yang ke-13 terbesar dan rezab minyak mentah yang ke-24 terbesar di dunia. Pada 2006, Malaysia menghasilkan gas asli bersamaan 940,000 tong minyak sehari dan minyak mentah bersamaan 699,800 tong minyak sehari. Malaysia juga memiliki kemudahan pengeluaran gas cecair asli terbesar di dunia yang terletak di lokasi yang mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 23 juta tan metrik setahun.

Bekalan gas yang mudah diperolehi untuk tempoh jangka panjang dan terjamin memastikan pembangunan mapan industri petrokimia negara. Projek Penggunaan Gas Semenanjung (PGU) Petronas yang siap pada 1998, terdiri daripada satu sistem talian paip penghantaran gas merentasi semenanjung dan enam loji pemprosesan gas, menyediakan bekalan gas tersedia kepada industri.

Bagi melengkapkan rezab gas yang sedia ada dan untuk memastikan bekalan gas yang terjamin, Malaysia menjalinkan perkongsian dengan anggota ASEAN lain bagi bekalan gas seperti Vietnam, Indonesia dan Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand (JDA). Selain itu, bekalan gas akan dipertingkatkan lagi dengan pelaksanaan grid gas ASEAN, iaitu satu usaha untuk membekal gas kepada kesemua 10 negara anggota ASEAN.

Dengan pelaksanaan sepenuhnya AFTA, pengilang-pengilang petrokimia di Malaysia meraih manfaat daripada pasaran yang tunggal. Pengilang-pengilang yang berpangkalan di Malaysia akan juga mendapat faedah daripada akses ke pasaran Asia Pasifik yang lebih luas. Dengan China sebagai pengimport bersih petrokimia, Perjanjian Perdagangan Bebas ‘tuaian awal’ Malaysia dengan negara berkenaan akan membuka peluang-peluang perniagaan baru bagi pengilang-pengilang petrokimia di Malaysia.

Kehadiran syarikat-syarikat petrokimia multinasional, termasuk BASF, BP, Dow, Shell, Exxon Mobil, Eastman Chemical, Idemitsu dan Mitsui, Toray, Kaneka, Polyplastic, Dairen, Thirumalai dan West Lake Chemical menunjukkan dengan jelas potensi Malaysia sebagai lokasi pelaburan bagi industri-industri petrokimia. Kebanyakan syarikat ini bekerjasama dengan syarikat petroleum negara, PETRONAS

Bagi memapankan daya saing industri petrokimia Malaysia, integrasi nilai melalui sinergi sesama loji digalakkan. Pembangunan zon-zon petrokimia di mana loji-loji petrokimia dikelompokkan telah menghasilkan satu rantaian nilai yang memastikan pembangunan secara progresif aktiviti-aktiviti petrokimia hiliran. Zon-zon petrokimia ini adalah di Kertih, Terengganu; Gebeng, Pahang; dan Pasir Gudang/Tanjung Langsat,Johor.

Pembangunan kemudahan-kemudahan utiliti berpusat yang bertaraf dunia menawarkan bekalan utiliti yang tersedia dan boleh diharap seperti tenaga, wap, dan air nyah bahan galian dan dingin serta perkhidmatan-perkhidmatan seperti rawatan air sisa permulaan, meningkatkan lagi keberkesanan konsep zon petrokimia bersepadu, menjadikan Malaysia berdaya saing seperti tapak-tapak seumpamanya di rantau ini dan Asia Pasifik.

Sektor petrokimia Malaysia juga telah menyumbang secara signifikan kepada pembangunan aktiviti-aktiviti pemprosesan plastik hiliran tempatan. Pengeluar-pengeluar berskala dunia bagi damar-damar LDPE, LLDPE, HDPE, PP, EPS, GPPS, HIPS, ABS, SAN dan PET sudah mendirikan kilang-kilang di Malaysia, sekali gus menyediakan bekalan suapan yang tetap kepada industri plastik.

Faktor-faktor ini telah menjadikan industri plastik salah satu industri yang paling dinamik dalam sektor perkilangan Malaysia. Ketika ini, terdapat lebih 1,500 syarikat yang beroperasi, mengeluarkan produk-produk dari barangan isi rumah biasa, bahan pembungkusan dan barangan konveyor hinggalah bahagian dan komponen untuk industri-industri elektrik dan elektronik, automotif, automasi pejabat, komputer dan telekomunikasi.

Pada 2006, industri plastik mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM12.4 bilion, meningkat 11 peratus berbanding RM11.4 bilion pada 2005. Penggunaan damar meningkat kepada 1.85 juta tan metrik berbanding 2005, iaitu peningkatan penggunaan damar per kapita sebanyak 75 kilogram.

Industri plastik boleh dibahagikan kepada tujuh sub-sektor, iaitu sub-sektor pembungkusan, sub-sektor elektrik dan elektronik, sub-sektor isi rumah, sub-sektor automotif, sub-sektor pembinaan, sub-sektor pertanian dan lain-lain. Sub-sektor pembungkusan, kedua-dua produk anjalan dan tegar (termasuk beg, filem, botol dan bekas), kekal sebagai pasaran terbesar bagi industri plastik. Jumlah pengeluaran bahan pembungkusan dianggarkan meningkat sebanyak 15 peratus kepada RM5.9 bilion, menyumbang 38 peratus kepada keseluruhan pengeluaran produk-produk plastik.

Jumlah eksport industri produk plastik meningkat 16.4 peratus daripada RM6.7 bilion pada 2005 kepada RM7.8 bilion pada 2006. Nilai eksport sub-sektor pembungkusan meningkat sebanyak 1.6 peratus daripada RM4.9 bilion pada 2005 kepada RM5.7 bilion pada 2006.

Bagi tahun 2007, pertumbuhan industri plastik akan ditumpukan kepada sub-sektor pembungkusan, terutama untuk pasaran eksport.

Admin
Admin

Posts : 102
Join date : 2010-06-05

https://sivik-msia.ace.st

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum