Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Makanan Cina
Fri Jun 25, 2010 1:14 am by Admin

» Port Dickson
Fri Jun 25, 2010 1:05 am by Admin

» Makanan Melayu
Fri Jun 25, 2010 1:03 am by Admin

» Pertanian gurun
Fri Jun 25, 2010 12:56 am by Admin

» Pertanian Iran
Fri Jun 25, 2010 12:55 am by Admin

» Pertanian dagangan
Fri Jun 25, 2010 12:54 am by Admin

» Pertanian
Fri Jun 25, 2010 12:53 am by Admin

» Baju MELAYU - Songkok
Fri Jun 25, 2010 12:49 am by Admin

» Baju MELAYU - Sarung
Fri Jun 25, 2010 12:49 am by Admin

Top posters
Admin
 


Baju MELAYU - Sarung

View previous topic View next topic Go down

Baju MELAYU - Sarung

Post  Admin on Fri Jun 25, 2010 12:49 am

Sarung ialah sehelai besar kain yang lazimnya dipakai mengelilingi pinggang bagaikan skirt oleh lelaki dan wanita di kebanyakan kawasan Asia Selatan dan Asia Tenggara, beberapa tempat di Afrika, serta kebanyakan pulau-pulau Pasifik. Kain ini lazimnya berwarna terang atau dicetak dengan corak yang rumit, banyak berlukiskan haiwan atau tumbuh-tumbuhan, corak berpetak atau geometrik, atau menyerupai kesan ikat celup. Sarung juga digunakan sebagai hiasan dinding dan bentuk pakaian yang lain, seperti selendang, buaian dodoi, gaun atau baju. Teknik mencelup warna batik banyak dikaitkan dengan penghasilan sarung.

Dari segi penggunaan yang lebih tepat, "sarung" merujuk kepada alas bahagian bawah badan orang Melayu, tanpa mengira lelaki atau wanita. Perkataan ini berasal dari perkataan India sari. Sarung terdiri daripada sehelai kain selebar satu ela dan sepanjang dua setengah ela.. Pada pusat helaian ini, merentasi lebarnya, sebidang warna atau corak kontras selebar satu kaki ditenun atau dicelup pada bahagian kain yang dikenali sebagai "kepala" sarung. Kain ini dijahit pada sisi yang lebih sempit untuk membentuk satu gulung. Seseorang memijak kakinya dalam gulung ini, menaikkan sisi atas kain ke atas paras pusat badan (kelepet kain mestilah sama aras dengan buku lali), memastikan posisi kepala di pusat belakangnya, dan melipat bahagian kain yang belum dilipat dari kedua-dua sisi ke pusat hadapannya di mana sisi kain itu bertindihan, dan mengemaskan sarung dengan menggulungkan kelepet atasnya meliputi kain ini.

Lelaki Melayu lazimnya memakai sarung yang ditenun dengan corak berpetak-petak (songket), manakala wanita kaum memakai sarung yang dicelup dengan kaedah batik dengan, misalnya, motif bunga, dan berwarna terang Sarung ini biasa dipakai kaum wanita dalam acara formal bersama baju kebaya. Lelaki Melayu memakai sarung di khalayak umum hanya apabila menghadiri sembahyang Jumaat di masjid, namum sarung masih amat biasa dipakai dalam rumah oleh lelaki dan wanita pelbagai kaum dan agama di Brunei, Indonesia dan Malaysia.

Admin
Admin

Posts : 102
Join date : 2010-06-05

View user profile http://sivik-msia.ace.st

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum