Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Makanan Cina
Fri Jun 25, 2010 1:14 am by Admin

» Port Dickson
Fri Jun 25, 2010 1:05 am by Admin

» Makanan Melayu
Fri Jun 25, 2010 1:03 am by Admin

» Pertanian gurun
Fri Jun 25, 2010 12:56 am by Admin

» Pertanian Iran
Fri Jun 25, 2010 12:55 am by Admin

» Pertanian dagangan
Fri Jun 25, 2010 12:54 am by Admin

» Pertanian
Fri Jun 25, 2010 12:53 am by Admin

» Baju MELAYU - Songkok
Fri Jun 25, 2010 12:49 am by Admin

» Baju MELAYU - Sarung
Fri Jun 25, 2010 12:49 am by Admin

Top posters
Admin
 


Industri Elektrikal & Elektronik

View previous topic View next topic Go down

Industri Elektrikal & Elektronik

Post  Admin on Wed Jun 23, 2010 10:58 pm

Industri elektrik dan elektronik menerajui sektor industri Malaysia dengan menyumbang sebahagian besar kepada keluaran, eksport dan gunatenaga perkilangan negara. Pada 2006, keluaran kasar industri ini berjumlah RM214.9 bilion, manakala eksport produk elektrik dan elektronik adalah sebanyak RM282.2 bilion atau 61.7 peratus daripada jumlah eksport perkilangan. Industri berkenaan telah mewujudkan 397,553 peluang pekerjaan dan menyumbang 36.6 peratus kepada keseluruhan gunatenaga dalam sektor perkilangan.

Pada masa ini, industri elektronik Malaysia berjaya membina keupayaan dan kemahiran yang signifikan bagi mengeluarkan rangkaian meluas peranti semikonduktor, barangan elektronik pengguna lebih canggih dan produk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).



Elektronik Pengguna

Sub-sektor ini merangkumi pengeluaran peti televisyen berwarna, produk audio visual seperti alat pemain CD/VCD/DVD, panggung di rumah, alat pemain muzik bimbit, kamkoder dan kamera digital. Industri ini sedang menyaksikan peralihan kepada penggunaan teknologi paparan panel leper dan pengeluaran produk audio/video digital pelbagai fungsi. Pelaburan modal dalam sub-sektor ini bagi tempoh 2000 hingga 2006 berjumlah RM3.8 bilion

Komponen Elektronik

Produk-produk di bawah sub-sektor ini termasuk peranti semikonduktor (wafer fabrikasi, IC dan reka cipta IC), komponen pasif (kapasitor, induktor dan perintang) dan komponen-komponen lain (seperti media storan, bahagian pemacu keras, PCB dan bahagian/komponen logam dan plastik bagi elektrik dan elektronik (aplikasi E&E). Pelaburan modal bagi tahun 2006 berjumlah RM7.6 bilion. Dalam sub-sektor berkenaan, industri semikonduktor menguasai dari segi pengeluaran, pengwujudan pekerjaan dan sumbangan eksport. Peranti semikonduktor utama yang dikeluarkan adalah litar bersepadu lelurus dan digital, memori dan prosesor mikro, opto-elektronik, peranti diskret, hibrid dan tatatur. Menurut Buku Kecil Statistik UNCTAD bagi 2005, Malaysia merupakan pengeksport kedua terbesar bagi peranti semikonduktor di kalangan negara-negara membangun. Eksport peranti semikonduktor pada 2006 bernilai RM93.5 bilion atau 36.1peratus daripada keseluruhan eksport elektrik dan elektronik.

Elektronik Perindustrian

Sub-sektor ini merangkumi produk-produk ICT seperti komputer dan perkakasan komputer, telekomunikasi, optik; dan produk-produk elektronik perindustrian lain seperti peralatan pejabat (mesin penyalin, mesin faks, mesin taip, mesin memproses data automatik) dan alat pengawal perindustrian. Syarikat-syarikat dalam sub-sektor ini sudah beranjak kepada pengeluaran dan pembangunan produk-produk elektronik perindustrian lebih canggih seperti peralatan rangkaian komputer, peralatan audio visual digital generasi baru dan peranti storan data (kepala magnetik MR, media cakera padat (CD), pemacu cakera keras). Pelaburan modal di bawah sub-sektor berkenaan adalah sebanyak RM1.51bilion bagi tahun 2006.


Elektrik

Produk-produk elektrik dikategorikan kepada tiga sub-sektor, iaitu peralatan perindustrian, komponen elektrik dan perkakas isi rumah. Pada masa ini, terdapat lebih 238 syarikat yang mengeluarkan rangkaian meluas produk seperti perkakas elektrik isi rumah, wayar dan kabel dan peralatan elektrik perindustrian. Aktiviti-aktiviti pembuatan dalam industri elektrik telah berkembang daripada semata-mata pemasangan kepada reka bentuk dan pembangunan komponen-komponen lebih canggih bagi jenama-jenama asing termasuk R&D, reka bentuk dan pemasaran jenama tempatan bagi pasaran-pasaran serantau dan global. Pada 2006, Malaysia mengeskport produk elektrik bernilai RM23.1bilion. Pelaburan modal di bawah sub-sektor berkenaan berjumlah RM0.6 bilion bagi tahun 2006.

Admin
Admin

Posts : 102
Join date : 2010-06-05

View user profile http://sivik-msia.ace.st

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum