Sivik
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Makanan Cina
Industri Sokongan Kejuruteraan   EmptyFri Jun 25, 2010 1:14 am by Admin

» Port Dickson
Industri Sokongan Kejuruteraan   EmptyFri Jun 25, 2010 1:05 am by Admin

» Makanan Melayu
Industri Sokongan Kejuruteraan   EmptyFri Jun 25, 2010 1:03 am by Admin

» Pertanian gurun
Industri Sokongan Kejuruteraan   EmptyFri Jun 25, 2010 12:56 am by Admin

» Pertanian Iran
Industri Sokongan Kejuruteraan   EmptyFri Jun 25, 2010 12:55 am by Admin

» Pertanian dagangan
Industri Sokongan Kejuruteraan   EmptyFri Jun 25, 2010 12:54 am by Admin

» Pertanian
Industri Sokongan Kejuruteraan   EmptyFri Jun 25, 2010 12:53 am by Admin

» Baju MELAYU - Songkok
Industri Sokongan Kejuruteraan   EmptyFri Jun 25, 2010 12:49 am by Admin

» Baju MELAYU - Sarung
Industri Sokongan Kejuruteraan   EmptyFri Jun 25, 2010 12:49 am by Admin

Top posters
Admin
Industri Sokongan Kejuruteraan   Vote_lcapIndustri Sokongan Kejuruteraan   Voting_barIndustri Sokongan Kejuruteraan   Vote_rcap 


Industri Sokongan Kejuruteraan

Go down

Industri Sokongan Kejuruteraan   Empty Industri Sokongan Kejuruteraan

Post  Admin Wed Jun 23, 2010 10:59 pm

ndustri sokongan kejuruteraan Malaysia, yang merangkumi industri-industri acuan, pemesinan, pengecapan logam, tuangan logam beracuan, rawatan haba dan penyaduran/rawatan permukaan, telah membangun dengan pesatnya dalam tempoh tiga dekad yang lalu seiring pertumbuhan menyeluruh sektor perkilangan negara ini.

Pembangunan yang signifikan telah berlaku dalam pembuatan bahagian-bahagian untuk sektor-sektor elektrik dan elektronik, automotif dan pembinaan. Kini, terlihat satu aliran baru yang menjurus kepada pempelbagaian bagi mengeluarkan komponen-komponen utama dan peralatan siap untuk pasaran tempatan dan eksport.

Acuan

Sektor acuan menerajui industri sokongan kejuruteraan di negara ini. Terdapat kira-kira 350 syarikat yang menggaji hampir 14,000 pekerja yang mana 50 peratus daripadanya tergolong dalam kategori mahir dan profesional.

Sektor acuan di Malaysia berkeupayaan untuk mengeluarkan kebanyakan jenis acuan dan perkakas bagi memenuhi keperluan pelbagai perkakas sektor perkilangan. Ketika ini, 40 peratus daripada pengeluaran acuan memenuhi keperluan industri elektrik dan elektronik, manakala 27 peratus daripadanya adalah untuk industri plastik.

Industri acuan di Malaysia berpotensi besar untuk berkembang memandangkan 60 peratus daripada permintaan tempatan untuk acuan pada masa ini masih diimport. Perkembangan industri ini pada masa depan akan memfokus kepada pengeluaran perkakas persisan tinggi dan rumit bagi sektor elektrik dan elektronik dan acuan besar bagi sektor-sektor seperti industri komponen automotif.

Pemesinan

Sektor pemesinan Malaysia dibahagikan kepada dua kategori:

1) Syarikat yang menyediakan perkhidmatan pemesinan kepada industri-industri lain berdasarkan tempahan kerja.

2) Syarikat yang menyediakan bahagian-bahagian bermesin persisan seperti jig dan lekapan, bahagian berlarik, aci, pin, sesendal atau bahagian-bahagian bermesin lain.

Pada masa ini, terdapat lebih 150 syarikat yang beroperasi bagi menyediakan perkhidmatan pemesinan persisan khusus dan perkidmatan pemesinan sokongan am untuk memenuhi permintaan industri perkilangan tempatan.

Sesetengah pembekal penyelesaian pemesinan bersepadu tinggi ini boleh menjalankan pemesinan dengan toleransi serendah 1 hingga 5 mikron. Garis pusat yang mampu dilarik adalah serendah 1mm hingga kira-kira 550mm. Kebanyakan syarikat ini mempunyai pusat-pusat pemesinan yang canggih dengan keupayaan mengerigi saiz produk sehingga 0.6 meter padu dan sesetengahnya berkeupayaan untuk memesin gear dan aci persisan yang amat kecil untuk jam tangan, jam dan kamera. Sebilangan syarikat pemesinan yang berkeupayaan tinggi ini juga telah mempelbagaikan aktiviti mereka kepada bidang reka bentuk dan mengeluarkan sistem dan peralatan automasi terutamanya untuk industri-industri semikonduktor, elektrik dan elektronik.

Pembangunan pesat dalam industri-industri elektrik dan elektronik, pembuatan mesin dan automotif di Malaysia akan memperluaskan lagi permintaan terhadap bahagian berlarik dan komponen bermesin serta perkhidmatan pemesinan.

Pengecapan Logam

Industri pengecapan logam adalah sebuah industri yang tertubuh di Malaysia dengan lebih 300 syarikat membekalkan bahagian-bahagian dicap/ditekan kepada rangkaian industri seperti automotif, elektrik & elektronik, mesin dan peralatan serta peralatan pengukur persisan dan pengujian. Industri ini sedang berkembang dan membangun ke arah pengecapan kelajuan tinggi dan menembusi pembuatan bahagian-bahagian persisan lebih tinggi dan saiz semakin kecil. Sesetengah syarikat besar mampu membuat pengecapan bahagian sehingga toleransi persisan antara 5 – 10 mikron.

Tuangan Logam Beracuan

Sektor ini adalah pembekal utama komponen kepada industri-industri elektrik, elektronik, automotif dan telekomunikasi. Pada masa ini, terdapat lebih 60 syarikat yang beroperasi. Kira-kira 50 peratus daripada produk tuangan logam beracuan yang dikeluarkan di Malaysia memenuhi permintaan syarikat-syarikat yang mengeluarkan komputer, perkakasan komputer, kamera dan perkakas elektrik isi rumah, manakala 30 peratus lagi adalah untuk pengeluaran komponen automotif.

Penyaduran/Rawatan Permukaan

Sektor penyaduran/rawatan permukaan Malaysia, yang terdiri daripada lebih 35 syarikat, mampu untuk menjalankan pelbagai proses presisan seperti penyaduran elektro kumpulan dan berterusan, penyaduran elektro persisan, penyaduran tanpa elektro, penyaduran elektro berfungsi, pendepositan elektro katod, rawatan dakrot, pemfosfaan, pempasifan, penganodan, pengkromatan, penyaduran elektro untuk industri semikonduktor termasuk litar bersepadu dan kerangka mendulu, penyaduran sinter dan pendepositan wap fizikal.

Permintaan yang semakin bertambah bagi perkhidmatan penyaduran/rawatan permukaan dalam industri-industri elektrik, elektronik, automotif dan komponen mesin telah mewujudkan peluang-peluang perniagaan baru.

Malaysia menggalakkan penubuhan kilang-kilang penyaduran moden tambahan untuk melengkapkan pembangunan perindustrian negara yang pesat dan untuk mengatasi kebimbangan terhadap impaknya ke atas alam sekitar yang sering dikaitkan dengan industri penyaduran.

Rawatan Haba

Terdapat kira-kira 20 syarikat di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan rawatan haba bagi rawatan haba tali jejaring berterusan, penyusukan karbon, penitridaan karbon, penitridaan, penyusukan karbon nitro, pengerasan vakum, pencelupan, penyepuhan lindap, pengnormalan dan pengwajaan pelbagai jenis produk diperbuat daripada keluli.

Sebagai perkhidmatan yang diperlukan oleh kebanyakan industri berasaskan logam, sektor rawatan haba dijangka berkembang seiring pembangunan pesat industri-industri mesin dan peralatan, acuan, produk sekunder besi dan keluli, dan komponen automotif.

Admin
Admin

Posts : 102
Join date : 2010-06-05

https://sivik-msia.ace.st

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum