Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Makanan Cina
Fri Jun 25, 2010 1:14 am by Admin

» Port Dickson
Fri Jun 25, 2010 1:05 am by Admin

» Makanan Melayu
Fri Jun 25, 2010 1:03 am by Admin

» Pertanian gurun
Fri Jun 25, 2010 12:56 am by Admin

» Pertanian Iran
Fri Jun 25, 2010 12:55 am by Admin

» Pertanian dagangan
Fri Jun 25, 2010 12:54 am by Admin

» Pertanian
Fri Jun 25, 2010 12:53 am by Admin

» Baju MELAYU - Songkok
Fri Jun 25, 2010 12:49 am by Admin

» Baju MELAYU - Sarung
Fri Jun 25, 2010 12:49 am by Admin

Top posters
Admin
 


Industri Produk Makanan

View previous topic View next topic Go down

Industri Produk Makanan

Post  Admin on Wed Jun 23, 2010 11:00 pm

Sektor pemprosesan makanan menyumbang kira-kira 10 peratus kepada keluaran perkilangan Malaysia. Makanan diproses dieksport ke lebih 80 negara, dengan eksport tahunan bernilai lebih RM6 bilion yang mewakili dua pertiga daripada keseluruhan eksport makanan bernilai lebih RM10 bilion.

Sungguhpun eksport sektor ini telah meningkat dua kali ganda sepanjang sepuluh tahun lalu, Malaysia terus menjadi pengimport bersih produk makanan dengan import tahunan lebih RM15 bilion.

Dari segi bilangan, syarikat perusahaan kecil dan sederhana menguasai industri makanan di Malaysia. Kumpulan-kumpulan utama adalah ikan dan produk ikan, ternakan dan produk ternakan, buah-buahan dan sayur-sayuran, dan sektor berasaskan koko.

Industri pemprosesan ikan sebahagian besarnya adalah berorientasikan eksport dan merangkumi pemprosesan udang, pengetinan ikan, dan pengeluaran produk surimi. Kebanyakan ladang akuakultur di Malaysia terbabit dalam ternakan dan pemprosesan udang, terutama untuk pasaran eksport. Sesetengah syarikat telah beranjak kepada pengeluaran produk tambah nilai tinggi termasuk produk-produk berserdak roti dan beradunan tepung, serta makanan tambahan.

Bagi industri ternakan, Malaysia merupakan pengeksport daging ternakan. Bagaimanapun, negara ini masih menjadi pengimport bersih produk-produk daging, terutama daging lembu dan kambing. Pemprosesan daging ayam mempunyai rantaian mengundur dengan sektor ternakan ayam dan ia mewakili lebih 60 peratus daripada jumlah daging diproses.

Industri pemprosesan buah-buahan dan sayur-sayuran di Malaysia berpotensi besar untuk dimajukan ke arah penggantian import serta sektor eksport. Buah naga semakin popular untuk dijadikan aktiviti nilai tambah. Buah-buahan lain yang mendapat sambutan baik di pasaran eksport adalah buah jambu batu merah, buah markisah dan nenas untuk dijadikan puri dan jus. Para pelabur digalakkan untuk mengusahakan penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran secara komersial bagi memastikan bekalan dan kawalan kualiti yang konsisten.

Malaysia ketika ini adalah negara pemprosesan koko terbesar di Asia dan berada di tangga keempat di dunia. Malaysia merupakan pengeskport bersih produk-produk koko termasuk coklat. Produk-produk koko Malaysia dieksport ke lebih 66 negara, termasuk Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Jepun, Singapura dan New Zealand.

Ketika ini, bidang utama pertumbuhan dan pembangunan dalam industri pemprosesan makanan di Malaysia adalah makanan berkhasiat, makanan mudah sedia, ramuan makanan dan makanan halal.

Dengan kesedaran yang meningkat terhadap kesihatan dan makanan bernutrisi, permintaan bagi makanan berkhasiat, makanan segar diproses secara minimum dan makanan organik dijangka meningkat. Selain produk organik, makanan berkhasiat termasuk produk-produk kalori rendah dan kaya serat/zat, jus buah-buahan dan produk-produk herba. Produk khusus nilai tambah tinggi berasaskan minyak sawit untuk memenuhi permintaan mereka yang menjaga kesihatan dan pengguna-pengguna pemayur juga mempunyai potensi untuk dimajukan di Malaysia.

Dengan gaya hidup yang berubah, makanan mudahsedia terus menjadi satu trend. Di Malaysia, pengilang-pengilang makanan sedang memperkenalkan makanan-makanan mudahsedia baru dengan resipi selera Asia untuk memenuhi minat yang kian bertambah bagi makanan etnik. Makanan mudahsedia yang dikeluarkan di Malaysia adalah dalam bentuk dingin beku, sedia dimasak, sedia dimakan dan sedia diminum.

Perisa dan bahan perasa makanan, pemanis dan aditif berasaskan minyak sawit adalah di antara produk-produk yang berpotensi untuk dimajukan bagi ramuan makanan. Ketika ini, Malaysia mengimport kira-kira 70 peratus keperluan ramuan makanannya.

Bagi makanan halal, nilai pasaran global dianggarkan kira-kira AS$547 bilion setahun. Menyedari kepentingan dan potensi industri ini, negara-negara Islam dan bukan Islam mengambil pelbagai inisiatif untuk merebut peluang daripada prospek pertumbuhan industri berkenaan. Malaysia, sebagai sebuah negara Islam yang moden, mempunyai kelebihan daya saing dan berada dalam kedudukan yang baik untuk menjadi hab bagi promosi, pengedaran dan pengeluaran makanan halal.

Admin
Admin

Posts : 102
Join date : 2010-06-05

View user profile http://sivik-msia.ace.st

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum