Sivik
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Makanan Cina
Tarian Barongan EmptyFri Jun 25, 2010 1:14 am by Admin

» Port Dickson
Tarian Barongan EmptyFri Jun 25, 2010 1:05 am by Admin

» Makanan Melayu
Tarian Barongan EmptyFri Jun 25, 2010 1:03 am by Admin

» Pertanian gurun
Tarian Barongan EmptyFri Jun 25, 2010 12:56 am by Admin

» Pertanian Iran
Tarian Barongan EmptyFri Jun 25, 2010 12:55 am by Admin

» Pertanian dagangan
Tarian Barongan EmptyFri Jun 25, 2010 12:54 am by Admin

» Pertanian
Tarian Barongan EmptyFri Jun 25, 2010 12:53 am by Admin

» Baju MELAYU - Songkok
Tarian Barongan EmptyFri Jun 25, 2010 12:49 am by Admin

» Baju MELAYU - Sarung
Tarian Barongan EmptyFri Jun 25, 2010 12:49 am by Admin

Top posters
Admin
Tarian Barongan Vote_lcapTarian Barongan Voting_barTarian Barongan Vote_rcap 


Tarian Barongan

Go down

Tarian Barongan Empty Tarian Barongan

Post  Admin Fri Jun 25, 2010 12:03 am

Tarian Barongan merupakan sejenis tarian rakyat yang menggambarkan kisah-kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s. dengan binatang-binatang yang boleh bercakap. Kononnya, seekor harimau telah terlihat seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Apabila terpandang harimau, merak pun melompat di atas kepala harimau dan keduanya terus menari.

Tiba-tiba seorang Juru Iring bernama Garong yang mengiringi Puteri Raja yang sedang menunggang kuda lalu di kawasan itu. Melihatkan kedua haiwan itu menari, Pamong lalu turun dari kudanya dan menari bersama-sama binatang tadi. Tarian ini terus diamalkan dan boleh dilihat di daerah Batu Pahat, Johor dan di negeri Selangor. Di antara alat-alat muzik yang digunakan bagi mengiringi tarian Barongan ialah gong, gendang, dan angklung.

Tarian Barongan dipercayai berkembang di Malaysia sekitar 1722, oleh masyarakat Jawa ke Malaysia. Ketika kerajaan Riau-Lingga hancur, para abdi kerajaan hijrah ke Johor Malaysia dan mengembangkan berbagai kebudayaan Melayu di Malaysia. [1][2]

Negara Indonesia menganggap Tarian Barongan sebagai menciplak Reog yang berasal dari Ponorogo kerana keduanya memiliki tarian yang persis sama dan yang utama ialah topeng dadak merak, topeng berkepala harimau yang di atasnya terdapat bulu-bulu merak. Hal ini (ciplakan) dibantah oleh rakyat Ponorogo yang menganggap para penghijrah yang bertapak di Malaysia, yang telah mempratik kesenian budaya mereka sendiri lama sebelum wujudnya Indonesia, sebagai maling.

Bentuk dadak merak turut menyerupai kavadi yang dibawa oleh penganut Hindu semasa perayaan Taipusam.
Bentuk kavadi.

[3]

Tarian Barongan juga menarik kerana terdapat tradisi yang mempersembahkan tarian Barongan selepas tarian Kuda Kepang. [4] [5] Ini kerana Tarian Kuda Kepang dipercayai merupakan cara untuk menarik perhatian orang ramai ketika mengembangkan ajaran Islam di Jawa. Dengan itu tradisi mempersembahkan tarian Barongan selepas tarian Kuda Kepang kemungkinannya merupakan bukti kepentingan tarian Barongan dalam penyebaran syiar Islam ketika itu. [6][7]

Tarian Barongan Fail:Thaipusam_idols

Admin
Admin

Posts : 102
Join date : 2010-06-05

https://sivik-msia.ace.st

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum