Sivik
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Makanan Cina
Industri Jentera dan Kelengkapan   EmptyFri Jun 25, 2010 1:14 am by Admin

» Port Dickson
Industri Jentera dan Kelengkapan   EmptyFri Jun 25, 2010 1:05 am by Admin

» Makanan Melayu
Industri Jentera dan Kelengkapan   EmptyFri Jun 25, 2010 1:03 am by Admin

» Pertanian gurun
Industri Jentera dan Kelengkapan   EmptyFri Jun 25, 2010 12:56 am by Admin

» Pertanian Iran
Industri Jentera dan Kelengkapan   EmptyFri Jun 25, 2010 12:55 am by Admin

» Pertanian dagangan
Industri Jentera dan Kelengkapan   EmptyFri Jun 25, 2010 12:54 am by Admin

» Pertanian
Industri Jentera dan Kelengkapan   EmptyFri Jun 25, 2010 12:53 am by Admin

» Baju MELAYU - Songkok
Industri Jentera dan Kelengkapan   EmptyFri Jun 25, 2010 12:49 am by Admin

» Baju MELAYU - Sarung
Industri Jentera dan Kelengkapan   EmptyFri Jun 25, 2010 12:49 am by Admin

Top posters
Admin
Industri Jentera dan Kelengkapan   Vote_lcapIndustri Jentera dan Kelengkapan   Voting_barIndustri Jentera dan Kelengkapan   Vote_rcap 


Industri Jentera dan Kelengkapan

Go down

Industri Jentera dan Kelengkapan   Empty Industri Jentera dan Kelengkapan

Post  Admin Wed Jun 23, 2010 11:03 pm

Industri Jentera dan Kelengkapan   Tyres

Kerajaan telah mengenal pasti industri mesin dan peralatan (M&E) sebagai salah satu bidang utama untuk pertumbuhan dan pembangunan. Ia akan memfokus kepada pengilangan M&E bernilai tambah tinggi dan berteknologi tinggi.

Bagi pembangunan masa depan industri M&E, enam teras strategik telah ditetapkan sepanjang tempoh IMP3 (2006-2020):-

1. mempromosikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran, perdagangan dan pengedaran serantau bagi mesin dan peralatan

2. mempergiatkan pembangunan dan promosi mesin dan peralatan khas terpilih dan berteknologi tinggi

3. mengukuhkan industri sokongan kejuruteraan dan perkhidmatan sokongan

4. memajukan Standard Malaysia untuk mesin dan peralatan

5. membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang cukup

6. mengukuhkan institusi sokongan bagi pembangunan masa depan industri berkenaan.

Pembangunan masa depan industri M&E di Malaysia akan dipacu oleh kemajuan teknologi, pengkhususan proses dan pengendalian dalam masa yang lebih singkat bagi memenuhi keperluan pelanggan, penyampaian yang lebih cepat dan kos yang lebih rendah.

Sehubungan itu, pengilang-pengilang perlu mengkukuhkan kekuatan mereka dalam aktiviti-aktiviti teras, seperti R&D, D&D, pembangunan perisian, integrasi sistem, pemasangan, pengujian dan kalibrasi serta memfokus kepada kualiti pengeluaran.

Pengilangan bahagian dan komponen serta modul yang mana adalah lebih berintensifkan modal akan disumber luar supaya kos dapat dikekalkan rendah. Peningkatan permintaan dan kos pengeluaran akan memerlukan lebih banyak penyumberan luar dilakukan bagi operasi pemasangan, dan pengujian dan kalibrasi syarikat-syarikat pengilang peralatan asal (OEM).

Industri ini juga disokong oleh rangkaian meluas perkhidmatan kejuruteraan kritikal. Syarikat-syarikat Malaysia telah mencapai pengiktirafan antarabangsa dari segi keupayaan dan kualiti dalam pelbagai bidang aktiviti iaitu acuan, tuangan logam beracuan, pemesinan, pengecapan logam, kejuruteran permukaan dan fabrikasi logam.

Industri-industri sokongan kejuruteraan sudah mula menunjukkan peningkatan dan terdapat pengubahsuaian dalam keupayaan pengeluaran mereka bagi memenuhi pembekalan bahagian komponen dan modul yang jumlahnya kecil, bernilai tambah tinggi dan persisan tinggi untuk industri M&E.

Secara amnya, terdapat satu trend di dalam industri ini, termasuk penyumberan luar, di mana berlaku kecenderungan untuk mengurangkan pangkalan bekalan supaya dapat menurunkan kos pengurusan rantaian bekalan. Ia memerlukan pembekal-pembekal utama menjadi penyedia penyelesaian menyeluruh atau pembekal global dengan mengumpulkan pembekal-pembekal khusus yang lebih kecil bagi menyediakan penyelesaian lengkap kepada OEM.

Sehubungan itu, Malaysia pada masa ini menggalakkan syarikat-syarikat supaya mengatur langkah untuk menjadi ‘Pusat-Pusat Sehenti’ yang mampu menyediakan penyelesaian menyeluruh kepada pelanggan-pelanggan. ‘Pusat-Pusat Sehenti’ ini akan menawarkan perkhidmatan bersepadu, daripada konsepsi produk hinggalah pengeluaran bersiri dan pengurusan keseluruhan proses termasuk logistik, pembungkusan, pengujian dan persijilan.

Admin
Admin

Posts : 102
Join date : 2010-06-05

https://sivik-msia.ace.st

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum