Sivik
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Makanan Cina
Industri Tekstil dan Pakaian   EmptyFri Jun 25, 2010 1:14 am by Admin

» Port Dickson
Industri Tekstil dan Pakaian   EmptyFri Jun 25, 2010 1:05 am by Admin

» Makanan Melayu
Industri Tekstil dan Pakaian   EmptyFri Jun 25, 2010 1:03 am by Admin

» Pertanian gurun
Industri Tekstil dan Pakaian   EmptyFri Jun 25, 2010 12:56 am by Admin

» Pertanian Iran
Industri Tekstil dan Pakaian   EmptyFri Jun 25, 2010 12:55 am by Admin

» Pertanian dagangan
Industri Tekstil dan Pakaian   EmptyFri Jun 25, 2010 12:54 am by Admin

» Pertanian
Industri Tekstil dan Pakaian   EmptyFri Jun 25, 2010 12:53 am by Admin

» Baju MELAYU - Songkok
Industri Tekstil dan Pakaian   EmptyFri Jun 25, 2010 12:49 am by Admin

» Baju MELAYU - Sarung
Industri Tekstil dan Pakaian   EmptyFri Jun 25, 2010 12:49 am by Admin

Top posters
Admin
Industri Tekstil dan Pakaian   Vote_lcapIndustri Tekstil dan Pakaian   Voting_barIndustri Tekstil dan Pakaian   Vote_rcap 


Industri Tekstil dan Pakaian

Go down

Industri Tekstil dan Pakaian   Empty Industri Tekstil dan Pakaian

Post  Admin Wed Jun 23, 2010 11:05 pm

Pertumbuhan industri tekstil dan pakaian Malaysia berkembang dengan pesat pada awal 1970an apabila negara memulakan langkah perindustrian berorientasikan eksport. Dengan nilai eksport sebanyak RM10.6 bilion, industri ini adalah penyumbang ke-tujuh terbesar kepada keseluruhan pendapatan eksport perkilangan pada 2006. Terdapat 645 syarikat berlesen yang beroperasi dengan pelaburan sebanyak RM8.1 bilion. Industri ini menggaji lebih 68,000 pekerja.

Industri ini ketika ini terdiri daripada rangkaian meluas aktiviti bersepadu dari pempolimeran, pemintalan, penteksturan, pencelupan dan kemasan benang untuk menenun, kait-mengait, mencelup, mengecap dan kemasan fabrik, hinggalah membuat pakaian dan barang-barang buatan tekstil lain seperti permaidani, cadar katil dan alas meja serta tali. Industri ini juga merangkumi pembuatan fabrik bukan tenun untuk produk penjagaan diri, pakaian, perabot dan cadar serta aplikasi pembinaan dan kejuruteraan.

Kini, kumpulan industri tekstil dan pakaian Malaysia berpotensi untuk menjadi satu kluster industri yang maju. Ini boleh dicapai dengan beranjak kepada peringkat lebih tinggi dalam rantaian nilai; membangunkan rekaan fesyen tempatan yang inovatif dan berjenama; meningkat pembangunan produk melalui R&D dalam bidang pencelupan, pengecapan dan kemasan; memajukan gentian, benang dan tekstil perindustrian dan rumah baru; menambahbaik produktiviti melalui automasi, pembuatan anjalan dan kecekapan teknikal; pembangunan rangkaian pengedaran dan pemasaran di seluruh dunia yang efisien, dan mengukuhkan rangkaian menyeluruh.

Beberapa bidang pertumbuhan baru dalam industri tekstil telah disasarkan untuk dipromosikan di bawah Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3). Bidang-bidang pertumbuhan bagi industri ini termasuk tekstil perindustrian dan rumah; tekstil berfungsi; fabrik dan pakaian lebih mewah; fabrik etnik; dan kemudahan sokongan utama dan perkhidmatan. Sasaran pelaburan bagi industri ini bagi tempoh pelan ialah RM13.4 bilion.

Enam teras strategik telah ditetapkan untuk meningkatkan lagi pembangunan industri ini sepanjang tempoh IMP3. Teras ini termasuk:-

- Mengintensifkan promosi pelaburan dalam tekstil dan pakaian bernilai tambah lebih tinggi,

termasuk perkhidmatan sokongan utama;

- Memapankan bahagian pasaran tekstil dan pakaian dan mempromosikan eksport bidang-

bidang pertumbuhan yang disasarkan;

- Mengintensifkan integrasi serantau industri berkenaan;

- Meningkatkan keupayaan tempatan dan memudahcara penggunaan ICT dan teknologi-

teknologi baru;

- Meningkatkan kemahiran pekerja dalam rekaan, pengeluaran dan pemasaran;

- Mengukuhkan sokongan institusi bagi meningkatkan lagi pembangunan industri

berkenaan.

Admin
Admin

Posts : 102
Join date : 2010-06-05

https://sivik-msia.ace.st

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum