Sivik
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Makanan Cina
Industri Peralatan Pengangkutan   EmptyFri Jun 25, 2010 1:14 am by Admin

» Port Dickson
Industri Peralatan Pengangkutan   EmptyFri Jun 25, 2010 1:05 am by Admin

» Makanan Melayu
Industri Peralatan Pengangkutan   EmptyFri Jun 25, 2010 1:03 am by Admin

» Pertanian gurun
Industri Peralatan Pengangkutan   EmptyFri Jun 25, 2010 12:56 am by Admin

» Pertanian Iran
Industri Peralatan Pengangkutan   EmptyFri Jun 25, 2010 12:55 am by Admin

» Pertanian dagangan
Industri Peralatan Pengangkutan   EmptyFri Jun 25, 2010 12:54 am by Admin

» Pertanian
Industri Peralatan Pengangkutan   EmptyFri Jun 25, 2010 12:53 am by Admin

» Baju MELAYU - Songkok
Industri Peralatan Pengangkutan   EmptyFri Jun 25, 2010 12:49 am by Admin

» Baju MELAYU - Sarung
Industri Peralatan Pengangkutan   EmptyFri Jun 25, 2010 12:49 am by Admin

Top posters
Admin
Industri Peralatan Pengangkutan   Vote_lcapIndustri Peralatan Pengangkutan   Voting_barIndustri Peralatan Pengangkutan   Vote_rcap 


Industri Peralatan Pengangkutan

Go down

Industri Peralatan Pengangkutan   Empty Industri Peralatan Pengangkutan

Post  Admin Wed Jun 23, 2010 11:05 pm



Industri peralatan pengangkutan Malaysia merangkumi sub-sektor automotif, aeroangkasa, pembinaan kapal dan pembaikan kapal, dengan sub-sektor automotif merupakan segmen yang terbesar. Pelaksanaan projek kereta nasional pertama negara oleh Perusahaan Otomobil Nasional Bhd. (PROTON) pada 1985 adalah satu langkah penting ke arah membangunkan industri kenderaan bermotor negara yang bersepadu. Berikutan kejayaan projek ini, beberapa projek untuk mengeluarkan lain-lain jenis kenderaan bermotor (kenderaan penumpang dan komersial serta motosikal) telah dilancarkan. Projek-projek nasional ini telah menjanakan saiz asas yang diperlukan untuk menampung pembuatan bahagian-bahagian komponen.

Dengan pembangunan pesat industri pemasangan dan pembuatan kenderaan bermotor di Malaysia, nilai bahagian komponen dan aksesori yang dikeluarkan dalam negara berjumlah lebih RM5..25 bilion pada 2006. Bagaimanapun, masih terdapat potensi pertumbuhan yang luas memandangkan Malaysia ketika ini mengimport sebahagian besar komponen dan bahagian automotif, seperti enjin, alat-alat transmisi dan komponen auto elektronik. Jumlah nilai import, termasuk bahagian-bahagian tercerai (CKD) adalah kira-kira RM11.6 bilion pada tahun berkenaan.

Sehingga ini, terdapat empat projek kereta nasional, sepuluh pemasang dan tiga pengilang kereta sukan berbadan komposit di negara ini yang mengeluar/memasangkan pelbagai jenis dan model. Terdapat juga lebih 590 pengilang komponen, tempatan dan asing, yang memenuhi keperluan industri automotif. Pembangunan industri komponen automotif yang bersepadu ini membolehkan usaha meningkatkan kemahiran kejuruteraan dan teknikal tempatan dan aktiviti-aktiviti R&D, serta memindahkan teknologi dan kepakaran.

Dengan peralihan industri automotif Malaysia kepada pembuatan berkonsep modul, kerajaan telah menyediakan insentif yang banyak untuk menarik pengilang-pengilang komponen peringkat pertama antarabangsa yang boleh memanfaatkan rangkaian vendor yang sudah tertubuh di negara ini.

Pemansuhan sekatan-sekatan perdagangan di kalangan anggota ASEAN membuka pasaran serantau yang luas untuk syarikat-syarikat automotif, yang akan meraih manfaat daripada potensi skala ekonomi dan menikmati akses kepada komponen-komponen berdaya saing kos yang dikeluarkan di negara-negara ASEAN.

Dari pasaran kereta tempatan yang laris hinggalah persekitaran pelaburan yang kondusif, Malaysia mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk dijadikan pusat kegiatan pengeluaran dan pengedaran automotif di rantau ini. Malaysia adalah tempat tumpuan bagi ramai pengilang automotif antarabangsa kerana ia masih mempunyai pasaran kenderaan penumpang terbesar di ASEAN.

Satu lagi sub-sektor ialah industri aeroangkasa, iaitu salah satu industri berasaskan teknologi dan berintensifkan pengetahuan terbesar di dunia. Pembangunan sub-sektor ini mempunyai potensi yang meluas dalam program perindustrian dan pembangunan teknologi negara. Aktiviti-aktiviti utama termasuk pemasangan pesawat ringan, pembuatan bahagian dan komponen, penyenggaraan dan pembaikan pesawat (MRO), serta aktiviti pengubahsuaian dan penukaran. Pada masa ini, tumpuan diberikan kepada pembuatan komponen avionik, bahagian bahan komposit dan mereka bentuk atau pembangunan dan pemasangan/pengeluaran pesawat ringan.

Negara juga berhasrat untuk menjadi sebuah pusat avionik serantau bagi perkhidmatan-perkhidmatan penyenggaraan, pembaikan, baikpulih, pengubahsuaian dan penukaran. Untuk tujuan ini, sokongan kukuh Kerajaan, sumber tenaga yang berpelajaran dan mahir serta kemudahan infrastruktur yang baik, termasuk keupayaan dalam mereka bentuk, penyelidikan dan pembangunan, telah menarik syarikat-syarikat antarabangsa seperti Boeing, General Electric, Honeywell Aerospace, Parker Hannfin, MTU Maintenance, Hamilton Standard dan Eurocopter menubuhkan operasi-operasi di negara ini bagi memenuhi permintaan pasaran-pasaran tempatan dan serantau.

Sub-sektor pembinaan dan pembaikan kapal meliputi pembinaan dan pembaikan semua jenis kapal, termasuk kapal mewah, seperti kapal pesiaran, ski jet, bot layar, bot laju, kanu, bot motor dalam/motor luar dan kenderaan kegunaan khas seperti tongkang, bot tunda, feri dan pengangkut simen.

Pengilangan kapal mewah, hidrofoil dan hoverkraf layak untuk mendapatkan insentif cukai di Malaysia, manakala aktiviti-aktiviti pembinaan kapal dan pembaikan kapal digalakkan di negeri-negeri dalam kawasan Koridor Timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Selain itu, pengilangan bahagian dan komponen serta penyenggaraan, pembaikan, baikpulih, pengubahsuaian, servis atau pengujian komponen kapal atau aksesori diberikan insentif di bawah Program Rangkaian Perindustrian Malaysia.

Admin
Admin

Posts : 102
Join date : 2010-06-05

https://sivik-msia.ace.st

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum