Sivik
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Makanan Cina
Industri Berasaskan Getah   EmptyFri Jun 25, 2010 1:14 am by Admin

» Port Dickson
Industri Berasaskan Getah   EmptyFri Jun 25, 2010 1:05 am by Admin

» Makanan Melayu
Industri Berasaskan Getah   EmptyFri Jun 25, 2010 1:03 am by Admin

» Pertanian gurun
Industri Berasaskan Getah   EmptyFri Jun 25, 2010 12:56 am by Admin

» Pertanian Iran
Industri Berasaskan Getah   EmptyFri Jun 25, 2010 12:55 am by Admin

» Pertanian dagangan
Industri Berasaskan Getah   EmptyFri Jun 25, 2010 12:54 am by Admin

» Pertanian
Industri Berasaskan Getah   EmptyFri Jun 25, 2010 12:53 am by Admin

» Baju MELAYU - Songkok
Industri Berasaskan Getah   EmptyFri Jun 25, 2010 12:49 am by Admin

» Baju MELAYU - Sarung
Industri Berasaskan Getah   EmptyFri Jun 25, 2010 12:49 am by Admin

Top posters
Admin
Industri Berasaskan Getah   Vote_lcapIndustri Berasaskan Getah   Voting_barIndustri Berasaskan Getah   Vote_rcap 


Industri Berasaskan Getah

Go down

Industri Berasaskan Getah   Empty Industri Berasaskan Getah

Post  Admin Wed Jun 23, 2010 11:04 pm



Industri produk getah Malaysia terdiri lebih 500 pengilang yang mengeluarkan produk-produk lateks, tayar dan produk berkaitan tayar, produk getah perindustrian dan am serta kasut. Industri ini menggaji lebih 68,000 pekerja dan menyumbang RM8.4 bilion kepada pendapatan eksport negara pada 2006.

Pengeluaran getah asli Malaysia pada 2006 berjumlah 1.33 juta tan metrik berbanding 1.13 juta tan metrik pada 2005. Industri produk getah menggunakan 377,141 tan metrik getah pada 2006. Pengguna terbesar getah adalah produk lateks, diikuti tayar dan produk berkaitan tayar; serta produk getah perindustrian dan am. Pertumbuhan pesat industri itu telah menjadikan Malaysia sebagai pengguna terbesar dunia bagi lateks getah asli.

Sub-sektor produk getah adalah sub-sektor terbesar dalam industri produk getah dan terdiri daripada 142 pengilang yang mengeluarkan sarung-sarung tangan perubatan, isi rumah dan perindustrian, kateter, benang lateks, belon, sarung jari dan produk busa. Sub-sektor ini menyumbang 72 peratus kepada nilai keseluruhan eksport, kebanyakannya disumbang oleh sarung tangan, kateter dan benang lateks. Malaysia terus mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar dan pengeksport terbesar dunia bagi kateter, benang lateks dan sarung tangan perubatan getah asli, dengan membekalkan lebih 80 peratus pasaran dunia bagi kateter, 70 peratus bagi benang lateks dan 60 peratus bagi sarung tangan getah.

Dalam sub-sektor tayar dan produk berkaitan tayar, ketika ini terdapat empat pengilang tayar utama yang mengeluarkan tayar kereta penumpang, tayar trak/trak ringan, tayar jentera pengangkut tanah dan pengred. Pada 2006, eksport sub-sektor ini berjumlah RM264.5 juta. Pengeluaran tayar adalah untuk pasaran tempatan. Sub-sektor produk getah perindustrian dan am terdiri daripada 199 syarikat yang mengeluarkan rangkaian meluas produk getah seperti cagak, tali, hos, tiub, pengedap dan kepingan untuk industri-industri automotif, elektrik dan elektronik, mesin dan peralatan serta pembinaan, kebanyakannya untuk pasaran tempatan. Pada 2006, eksport produk getah perindustrian dan am berjumlah RM2.1 bilion.

Industri produk getah perlu dipelbagaikan lagi dengan memberi penekanan kepada produk-produk nilai tambah dan teknologi tinggi, seperti aplikasi-aplikasi kejuruteraan, pembinaan dan marin. Seperti yang digariskan di bawah IMP3, lebih banyak usaha R&D perlu dijalankan bagi pembangunan produk baru dan aktiviti-aktiviti hiliran. Bidang-bidang baru dipromosikan termasuk pengekstrakan produk-produk biokimia daripada lateks menggunakan bioteknologi. Usaha-usaha ini akan memastikan kualiti produk terus meningkat bagi mengekalkan daya saing dalam pasaran eksport.

Kerajaan terus menggalakkan pembangunan industri-industri berasaskan sumber tempatan untuk mempelbagaikan sumber pertumbuhan negara. Selain insentif fiskal yang disediakan untuk produk-produk dan aktiviti-aktiviti digalakkan, kerajaan telah memperhaluskan lagi insentif-insentif untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti spesifik yang antaranya ialah industri produk getah. Bagi menggalakkan lagi pelaburan dalam industri-industri berasaskan sumber, syarikat-syarikat tempatan dalam industri getah yang melabur semula untuk mengembangkan projek-projek mereka layak mendapat Taraf Perintis atau Elaun Cukai Pelaburan.

Admin
Admin

Posts : 102
Join date : 2010-06-05

https://sivik-msia.ace.st

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum