Sivik
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Makanan Cina
Industri Sains Hayat   EmptyFri Jun 25, 2010 1:14 am by Admin

» Port Dickson
Industri Sains Hayat   EmptyFri Jun 25, 2010 1:05 am by Admin

» Makanan Melayu
Industri Sains Hayat   EmptyFri Jun 25, 2010 1:03 am by Admin

» Pertanian gurun
Industri Sains Hayat   EmptyFri Jun 25, 2010 12:56 am by Admin

» Pertanian Iran
Industri Sains Hayat   EmptyFri Jun 25, 2010 12:55 am by Admin

» Pertanian dagangan
Industri Sains Hayat   EmptyFri Jun 25, 2010 12:54 am by Admin

» Pertanian
Industri Sains Hayat   EmptyFri Jun 25, 2010 12:53 am by Admin

» Baju MELAYU - Songkok
Industri Sains Hayat   EmptyFri Jun 25, 2010 12:49 am by Admin

» Baju MELAYU - Sarung
Industri Sains Hayat   EmptyFri Jun 25, 2010 12:49 am by Admin

Top posters
Admin
Industri Sains Hayat   Vote_lcapIndustri Sains Hayat   Voting_barIndustri Sains Hayat   Vote_rcap 


Industri Sains Hayat

Go down

Industri Sains Hayat   Empty Industri Sains Hayat

Post  Admin Wed Jun 23, 2010 11:02 pm

Industri Sains Hayat   Io-lifesciences

Industri sains hayat Malaysia merangkumi tiga sektor utama, iaitu bioteknologi, farmaseutikal dan peranti perubatan.

Bioteknologi

Industri bioteknologi merangkumi pelbagai produk dan perkhidmatan bioteknologi yang diperolehi daripada penggunaan teknologi membabitkan aplikasi organisma hidup, bahagian-bahagian dan komponen-komponen mereka, atau sistem-sistem dan proses-proses biologikal.

Bioteknologi dikenal pasti sebagai salah satu daripada lima teknologi teras yang akan mempercepatkan tranformasi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian menjelang 2020, dan dengan itu menerima sokongan dan komitmen kukuh kerajaan.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2020), usaha akan dipertingkatkan bagi memajukan industri bioteknologi sebagai pemacu baru pertumbuhan ekonomi. Fokus akan diberikan terhadap penggunaan bioteknologi dalam pertanian, penjagaan kesihatan, aktiviti perindustrian dan bio-informatik.

Bagi menyokong pembangunan industri berkenaan, kerajaan akan menambah baik kerangka peraturan pelaburan, memajukan prasarana yang relevan, menambabh baik akses kepada pembiayaan kewangan, meningkatkan kadar pengkomersialan R&D, meningkatkan bilangan pekerja mahir dan penyelidik bioteknologi, serta menarik rakan-rakan kongsi R&D asing.

Pada 28 April 2005, kerajaan telah melancarkan Dasar Bioteknologi Negara (NBP) yang menggariskan konsep dan langkah utama yang ditawarkan kerajaan bagi melonjakkan industri bioteknologi Malaysia.

Pelaksanaan NBP merangkumi tiga fasa utama:

*
membina kapasiti (2005-2010)
*
menjana perniagaan daripada sains (2011-2015)
*
merubah Malaysia menjadi sebuah pemain global (2016-2020)

Ia bermatlamat agar menjelang 2020 Malaysia akan menjadi sebuah pemain global dalam bioteknologi dan akan menjana sekurang-kurangnya 20 syarikat Malaysia di persada global.


Bagi memacu pelaksanaan NBP, Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) telah ditubuhkan pada 2005 untuk bertindak sebagai agensi peneraju dalam memudahcarakan pembangunan industri bioteknologi Malaysia. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Malaysia menerusi BiotechCorp, akan menganugerahkan Status BioNerxus kepada syarikat-syarikat bioteknologi dan sains hayat yang layak untuk menikmati keistimewaan yang terkandung dalam Bil Jaminan BioNexus dan insentif-insentif fiskal.


Bil Jaminan BioNexus menyediakan keistimewaan berikut:-

Ø Kebebasan pemilikan;

Ø Kebebasan menyumber pembiayaan kewangan secara global;

Ø Kebebasan membawa masuk pekerja pengetahuan;

Ø Kelayakan bagi insentif kompetitif dan bantuan lain;

Ø Kelayakan untuk menerima bantuan bagi akreditasi dan standard antarabangsa;

Ø Rejim harta intelek (IP) yang kukuh;

Ø Akses kepada rangkaian maklumat sokongan yang menghubungkan pusat-pusat penyelidikan kecemerlangan;

Ø Akses kepada makmal perkongsian dan kemudahan-kemudahan lain; dan

Ø BiotechCorp sebagai agensi sehenti.


Kerajaan juga telah mengumumkan pengwujudan BioNexus Malaysia, iaitu satu usaha yang beranjak daripada memfokus terhadap prasarana kepada tumpuan membina keupayaan institusi-institusi yang sedia ada. BioNexus Malaysia, pada asasnya, adalah satu jaringan antara pusat-pusat kecemerlangan di seluruh negara, yang terdiri daripada syarikat-syarikat dan institusi-institusi yang mengkhusus dalam sub-sektor bioteknologi spesifik. Buat permulaan, tiga Pusat Kecemerlangan akan ditubuhkan sebagai sebahagian daripada BioNexus seperti berikut:-

*
Institut Bioteknologi Pertanian di Serdang
*
Institut Genomik Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor dan
*
Institut Farmaseutikal & Nutraseutikal Negara di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Pusat-pusat Kecemerlangan ini akan menjadi sauh dan menarik penubuhan institusi-institusi lain serta syarikat-syarikat dalam bidang-bidang kepakaran berkaitan dan ia akan berhubungan dengan pusat-pusat BioNexus lain di merata negara dalam satu jaringan kerjasama dan pertukaran idea.

Insentif yang ditawarkan bagi Syarikat Berstatus BioNexus adalah seperti berikut:-

1. Bagi syarikat berstatus BioNexus

i. pengecualian 100 peratus cukai pendapatan untuk 10 tahun dari tahun pertama syarikat meraih keuntungan; atau Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus ke atas perbelanjaan modal yang layak dan dikeluarkan dalam tempoh 5 tahun;

ii. pengecualian cukai ke atas dividen yang diagihkan syarikat;

iii. pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas bahan mentah/komponen dan mesin/peralatan;

iv. potongan berganda ke atas perbelanjaan yang dikeluarkan bagi promosi eksport;

v. kadar cukai konsesi sebanyak 20peratus ke atas pendapatan daripada aktiviti-aktiviti yang layak bagi 10 tahun lagi selepas tamat tempoh pengecualian cukai;

2. Bagi syarikat yang melabur dalam anak syarikatnya, yang mana adalah sebuah syarikat berstatus BioNexus, ia boleh diberikan potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan yang dibuat dalam anak syarikat itu dengan syarat syarikat yang melabur memiliki sekurang-kurangnya 70 peratus anak syarikat berkenaan.

3. Sebuah syarikat atau individu yang melabur dalam sebuah syarikat BioNexus diberikan potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan yang dibuat dalam modal benih (seed capital) dan pembiayaan peringkat awal.

Syarikat Berstatus BioNexus juga layak untuk memohon Geran Pengkomersialan Bioteknologi berikut daripada BiotechCorp:

1) Pembiayaan benih (seed) sehingga RM2.5 juta

2) Geran Bersamaan R&D sehingga RM1.0 juta

3) Geran Bersamaan Pembangunan Perniagaan Antarabangsa sehingga RM1.25 juta

Untuk maklumat lanjut mengenai industri ini, anda boleh menghubungi BiotechCorp di alamat berikut:-

Datuk Iskandar Mizal Mahmood (Ketua Pegawai Eksekutif)

Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd

Aras 23 Menara Naluri

161 Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur

Tel: 03-21165588

Faks: 03-2116541

Laman web: www.biotechcorp.com.my

Farmaseutikal

Industri farmaseutikal Malaysia berkeupayaan untuk mengeluarkan hampir semua bentuk dos ubat, termasuk persediaan steril seperti persediaan ubat mata, ubat suntikan, kapsul gelatin lembut dan ubat-ubatan pelepasan berjangka.

Pengilang-pengilang farmaseutikal Malaysia memfokus kepada segmen niche yang marginnya tinggi, dan dengan itu menambah nilai kepada produk-produk sedia ada melalui teknologi-teknologi penyampaian ubat-ubatan yang bertambah baik, dan semakin beranjak kepada bidang biofarmaseutikal dan generik berjenama termasuk bio-ekuivalen untuk kekal berdaya saing.

Dengan keanggotaan Malaysia dalam Konvensyen Pemeriksaan Farmaseutikal dan Kerjasama Pemeriksaan Farmaseutikal/Skim (PIC/S) pada Januari 2002, eksport produk farmaseutikal negara melonjak, terutama di kalangan negara-negara anggota, termasuk Kesatuan Eropah, Australia dan Kanada.

Pihak berkuasa utama yang mengawal pengeluaran, import dan jualan farmaseutikal (termasuk ubat-ubat tradisional) di Malaysia adalah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (DCA), Kementerian Kesihatan. Setakat 31 Disember, 2006, sejumlah 246 syarikat farmaseutikal dengan pensijilan Amalan Pengilangan yang Baik telah berdaftar dengan DCA.

Daripada jumlah itu, 85 syarikat terbabit dalam pengeluaran ubat-ubatan moden yang terdiri kebanyakannya analgesik, antasid, anti-hipertensi, diuretik, antibiotik, dan anti-histamina bentuk pil, kapsul, titikan, serbuk, krim, ubat sapu, suntikan, sirup, oftalmik dan persediaan nasal. Baki 161 syarikat adalah pengilang-pengilang ubat-ubatan tradisional dan herba.

Perundangan Harta Intelek Malaysia menepati standard antarabangsa dan menyediakan perlindungan yang cukup kepada kedua-dua para pelabur tempatan dan asing. Perbadanan Harta Intelek Malaysia (IPCM) telah ditubuhkan pada Mac, 2003 untuk mengambil alih fungsi-fungsi Bahagian Harta Intelek (IPD), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, satu petunjuk komitmen Kerajaan untuk menyediakan satu persekitaran yang kondusif bagi pelaksanaan hak harta intelek yang lebih baik.

Malaysia juga menjadi penandatangan kepada Perjanjian Hak Harta Intelek Berkaitan Perdagangan (TRIPS). Berkuat kuasa dari 16 Ogos 2006, Malaysia menjadi penandatangan kepada Perjanjian Kerjasama Paten (PCT) yang memudahcarakan pendaftaran paten dan sekali gus memberi perlindungan kepada pencipta-pencipta asing. PCT itu membenarkan permohonan paten “antarabangsa” difailkan sama ada secara serta merta atau dalam tempoh satu tahun dari tarikh memfailkan permohonan paten di mana-mana negara anggota.

Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC), yang terdiri daripada jaringan 14 CRC di merata negara, bertindak sebagai pusat sehenti bagi mendapatkan akses kepada semua hospital dan klinik Kementerian Kesihatan untuk menjalankan ujian klinikal di Malaysia.

Ketika ini, pengilangan produk farmaseutikal dan produk berkaitan (yang termasuk barangan farmaseutikal, reagen diagnostik klinikal, gelatin atau produk gelatin, intravena, larutan dialisis atau saliran, vaksin, ubat-ubatan) layak untuk insentif-insentif Taraf Perintis atau Elaun Cukai Pelaburan.

Pembangunan, pengujian dan pengeluaran farmaseutikal yang digalakkan di bawah bioteknologi layak untuk mendapat insentif Taraf Perintis atau Elaun Cukai Pelaburan bagi syarikat teknologi tinggi.

Peranti Perubatan

Malaysia terus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam pengeluaran dan pengeksportan sarung tangan perubatan dan kateter di dunia, dengan membekalkan 8 peratus daripada pasaran dunia untuk kateter, dan 70 peratus untuk sarung tangan getah.

Pengeluaran sarung tangan perubatan telah beranjak lebih tinggi dalam rantaian nilai, dengan pengeluaran sarung tangan yang berkualiti lebih tinggi dan khusus seperti sarung tangan perubatan berprotein rendah dan bebas serbuk, sarung tangan keselamatan dan sarung tangan bilik ‘bersih’.

Produk-produk peranti perubatan lain yang dikeluarkan di Malaysia termasuk alat suntikan, peralatan pembedahan, set pemindahan darah, transduser tekanan darah, larutan dialisis, gas perubatan, jarum hipodermik/spinal/AV fistula, tiub & beg perubatan, peralatan radiografi diagnostik, produk ortopedik dan kit prosedur.

Sungguhpun industri perubatan negara kini masih tertumpu kepada produk berasaskan getah, semakin banyak syarikat yang kini beranjak kepada pembuatan produk bukan berasaskan getah, iaitu yang diperbuat daripada plastik, silikon, dan aloi logam.

Sektor peranti perubatan sedang mengembangkan rantaian nilainya dengan beranjak daripada proses-proses asas dan konvensional kepada penyelidikan dan pembangunan produk dan proses, mereka bentuk dan menyediakan protaip, pengedaran dan logistik.

Kebanyakan produk perubatan yang dikeluarkan di Malaysia dikawal secara sendiri dan menepati standard kualiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Pentadbiran Makanan dan Dadah (Amerika Syarikat), Jabatan Kesihatan (United Kingdom) dan Bundesgesundheitsamt (Jerman).

Kementerian Kesihatan Malaysia merancang untuk melaksanakan sistem kawalan peranti perubatan secara berperingkat. Fasa pertama skim pendaftaran peranti perubatan yang akan dihadkan kepada pendaftaran sukarela syarikat-syarikat telah dilancarkan pada 12 Januari, 2006. Pendaftaran mandatori dan penguatkuasaan penuh peraturan dijangka akan dilaksanakan menjelang 2008. Sebuah jabatan baru di bawah Bahagian Kejuruteraan Kementerian Kesihatan, iaitu Biro Peranti Perubatan telah ditubuhkan bagi menyelia pembangunan sistem kawalan peranti perubatan. Persetujuan secara prinsip telah dicapai agar peraturan itu diselaraskan dengan garispanduan yang ditetapkan Kumpulan Kerja Pengharmonian ASEAN dan Pasukan Kerja Pengharmonian Global.

Peluang-peluang pelaburan tersedia bagi produk-produk berikut:

*
Peranti elektromekanikal (misalnya elektrokardiograf)
*
Peranti implan aktif (misalnya perentak kardium, perangsang saraf)
*
Peranti oftalmik & optik
*
Peralatan perubatan berasaskan bukan getah

Admin
Admin

Posts : 102
Join date : 2010-06-05

https://sivik-msia.ace.st

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum